Atok nak kongsi cara memikat hati mertua....ada yang dah lakukan dan ada yang mungkin belum lakukan.
Di dalam rumahtangga terutamanya jika kita tinggal sebumbung dengan mertua kita, kita haruslah melakukan beberapa perkara yang menarik hati mertua:-
- Bangun Awal
- Kalau yang lelaki tu imamkan isteri dan mertua
- Penipuan (org tua2 dahulu kata "Tipu sunnat")
- Puji
- Jangan menunjuk
Bangu Awal
Jika boleh, bangunlah sebelum mertua kamu bangun dan kejutkanlah mereka untuk sembahyang subuh. Confirmed mertua tersenyum lebar dan akan bercerita kepada saudaranya mahupun ahli mesyuarat tingkap mengenai kehebatan bangun awal itu.
Imam
Kemudian tunggu mertua dan sama-sama berjemaah. Ini akan lebih mesra dan mertua akan lebih kasih kepada kita.
"Tipu Sunnat"
Mana ada sunnat menipu...hahaha...tetapi ini sebenarnya cukup berkesan....
Contohnya:
Suami kurang pendapatan daripada isteri...tetapi Isteri sering
memberi duit kepada ibunya.....si suami pula tidak mampu memberi...
ini sebenarnya salah....bukan salah kerana anak memberi duit tetapi pemahaman yang akan menjadi salah. Begini....Semua ibu akan menyayangi anaknya....jadi jika Isteri tadi memberikan duit tersebut dan mengatakan .....
"Ibu, ini duit Abang bagi untuk ibu buat belanja"
Apa perasaan ibu? Mesti gembira sebab menantu bagi.....tetapi selalu yang berlaku sebaliknya...asyik bagitau kata kita yang bagi....lama-lama ibu kita akan rasa menantu berkira, tak pernah bagi duit kat dia....apa sahaja yang isteri / suami nak kasi kat ibu dia sendiri, biarlah pasangan kita yang tolong kasi atau maklumkan bahawa pasangan kita yang minta kita sampaikan.
Boleh faham kot no.......
Puji
Kita mestilah sentiasa memuji ibu mertua kita....kenapa? Siapa yang tak suka dipuji? cuba angkat tangan!!! Macam di dalam kelas pulak. :-)
Situasinya begini:
Si Isteri...bila bangun tidur saja mak mertua dah ada di dapur sedang masak....jangan ganggu dia...tetapi teman dia dan puji dia...."sedapnya mak masak..." atau "awalnya mak bangun....memang mak jenis yang senang bangun laaa" than dia akan kata..."aku ni dari dulu lagi tak pernah bangun lewat...pukul 5.30pagi saja mesti bangun.." kita iyakan saja sebab mak mertua pun nak tunjuk kat anak dia bahawa dia sentiasa memberi yang terbaik kepada anaknya...so kita waktu mak mertua tak ada tu...kita ambil alih laaa tempat dia....
Bila dia balik dan makan makanan yang kita masak....kita rendah diri dengan mengatakan "malu nak bagi mak rasa....sebab mak masak sedap....saya tak pandai sangat..." baru laa dia happy!!!!
Jangan Menunjuk
Ini sambungan daripada di atas dan juga yang lain2 laaa.....Jangan kita sesekali cuba nak lawan mertua dari segi cara dia jaga anak, masakannya, nasihatnya atau apa2 yang dia nak tunjuk kat kita....kita lebihkan dia dari kehebatan kita...kerana ini akan membuatkan mertua lagi nak tunjukan kepada kita...so kita tak perlulah nak susah2 masak....beli baju....dan lain2 sebab dia nak buat semua....tetapi jangan ambil kesempatan sebab kita bantu laa apa yang perlu....tanya dia apa yang boleh dibantu....ini tidak! Selalu nak berlawan....asyik mertua aku saja nak masak...bila aku nak boleh masak kat suami aku ni....sabar.....
ada banyak lagi perkara yang perlu kita belajar.....nanti kita sembang lagi k.
No comments:
Post a Comment